Thursday, 22 September 2016

~In the memory of......my beloved mom~


Actually, tak tau nak story dari mana & dah lama juga saya mencari kekuatan utk menulis supaya kenangan bersama arwah mama sentiasa ada bersama dengan saya. Supaya kenangan itu tak akan hilang & luput begitu saja. Almost 1 year and half arwah mama saya, Habibah Binti Mahmud telah pergi meninggalkan kami semua....meninggalkan kami after two months arwah abah (panggilan untuk atuk) pergi. Bukan senang nak lupakan tragedi pada 8th May 2015 yg sampai sekarang saya boleh terngiang2 lagi. Still terbayang2 suara arwah mama setiap kali menghubungi saya & I'm still remembered her face....Hanya Allah s.w.t sahaja yg tahu perasaan ini.

The photo below taken around 3.00 a.m in the morning on 10th May 2015. Tak tau la nak sorokkan mata bengkak tu mcm mana. Every minutes menangis jadi lah mata macam tu....huhuhu...dah  mcm mata panda dah and yg sangat terkilan saya mmg tak sempat nak bg tau pada my mom yg yess...I'm already pregnant. Its early on pregnancy during that time around 4 weeks. Still fragile right???...thats why I need to consult with my doctor first either saya boleh fly ke tak masa tu. Nasib baik doc. cakap boleh tapi jangan terlampau penat sangat....Thank you so much doctor izinkan. If tak izinkan pun mmg saya akan pergi ke Pakistan juga untuk membawa jenazah arwah mama pulang dengan selamat untuk disemadikan di kampung halamannya. Sangat banyak prosedur nak pergi ke sana & bermacam-macam halangan untuk sampai ke sana. Tapi saya gigihkan juga dengan sisa-sisa semangat yg ada. Alhamdulillah....syukur sangat2 misi saya & family terlaksana jua apabila kami berjaya membawa pulang jenazah pada 15th May 2015 dan selamat mendarat di Kompleks Bunga Raya menggunakan Pakistan AirForce pada pukul 9.25 pm.

Sampai jer sana saya terus memeluk ahli keluarga yg lain sebab terasa sebak sangat2. Tak tau nk ungkapkan perasaan tu macam mana...but yess, the things that all I can said I'm totally lost. I don't know what to think & what is gonna happen in my life after this...Hanya mampu berserah kepada yang maha Esa. Tengah malam2 tu jgk weolls shoot to Semerah (my mom hometown) dengan di "escort" oleh polis2. We arrived around 1.00 am in the morning. Kat sana lagi la ramai yg tengah menunggu, Sedara mara saya semua dah berkumpul dari 8 may lagi untuk bagi moral support kat mak (my nenek). Lagi rase sebak when ramai kawan2 arwah mama saya dari segenap pelusuk datang untuk melihat kali terakhir jenazah nya. Saya dapat lihat kesedihan mak apabila menerima jenazah anaknya pulang. Can you imagine perasaan mak??? Anak yg dikandung, dibela, anak yg dijaga selama 57 tahun lebih awal menemui Ilahi darinya. Anak dah besar meninggal lagi banyak kenangannya. Memamg I am very proud of you mak. Sangat2!!!!...Mak memamg tak tunjuk langsung perasaan sedih tu kat orang ramai dari arwah abah meninggal lagi but when this time, she was totally cried. But I know in deep of my heart, arwah mama sangat beruntung sebab mak still hidup lagi dan boleh mendoakan untuk anaknya. Doa seorang ibu tiada tandingnya.
" Dan apabila mata IBUmu sudah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah, iaitu DOA SEORANG IBU..."

Selepas solat subuh semua, saya & family bersiap2 semua untuk mengiringi  jenazah ke perkuburan. Memamg hati ini tak nak melepaskan mu wahai mama. Bukan tak redha cuma terkilan sebab tak dapat lagi planning aktiviti with mama. Semua planning pada tahun 2015 terkubur begitu sahaja. If ikut planning, saya & adik beradik saya mmg nk beraya kat Pakistan tahun tu. Semenjak anak2 sudah membesar, dah bekerja & sambung belajar kat Uni masing2 tak berkesempatan lagi gathering family. Yg terakhir kali pun jumpa dengan mama masa mama balik malaysia bulan mac itupun sebab ada kematian. I remember, dinner terakhir kami makan bersama2 ialah homemade steamboat. Itupun saya yg request. Arwah mama tanya saya sehari sebelum berangkat pulang ke pakistan, " Sya nak makan apa? Nak mama masak k makan kat luar?"...I said "Boleh tak makan kat rumah jer. Kt buat steamboat kat rumah." ....Mama said " Okey, nanti mama buatkan". Happy me.

Owh, how I wish to flashback that moment!

Sebelum kami semua bertolak ke tanah perkuburan, kami beramai2 solat jenazah dulu. Memamg sayu sangat masa tu, air mata tak henti2 menangis sampai ke tanah perkuburuan. Mama, rasa macam nak peluk jer mama...I'm strong...i'm strong...i'm strong...setiap detik, setiap masa, setiap jam tanamkan perasaan itu.

Akhirnya, jenazah mama selamat dikebumikan bersebelahan arwah abah, Allahyarham Mahmud Bin Aziz pada 8.45 a.m pada 16th May 2015 sempena hari guru. Yer... arwah mama juga seorang guru...Ya Allah sedeynya hati ini....seorang pendidik disemadikan pada hari 16 May jugak! (kebetulan tarikh yg sama).Itu adalah hasrat mak yg sememangnya nak dikebumikan dekat dengan anaknya. Mak cakap, nanti dia boleh jaga pusara dua2...senang. Dekat pun dekat....

Yess, time flies & my daughter pun dah 8 months 17 days. People now tengok i dah boleh ketawa2, senang hati, & dah tak rasa sedey lagi but itu hanya luaran...dalaman??? Hanya Allah s.w.t yg tahu. They people can talk about me what they want tapi yang harunginya saya & family members yg lain. Dia orang tak tau pun kesedihan kami macam mana...setakat mana & berapa lama kami mengubati kesedihan yg ada ini...Tipulah cakap if tak terasa dengan kematian? Sape yg cakap macam tu memang saya bagi penampaq padu sebab kat batang hidung sendiri tak kena lagi kan. Yess semua orang berlainan menangani cara kesedihan. We cannot judge them yg mengalami pengalaman yg sama, kehilangan orang yang tersayang. Ada orang membzikan diri, ada orang lebih layankan kesedihan dengan termenung & ada orang sampai sekarang tak boleh lagi menatap wajah insan yg pergi tapi setiap hari membaca al-quran untuknya. Lain orang lain cara. But the most important thing is how you handle it...am i right??? Masa....yess...masa yang akan menyembuhkan kesedihan itu (someone yg makan garam dari saya yg bagi tau)!

After that tragedi, saya hilang tempat bermanja, hilang tempat mengadu & tiada lagi kasih sayang seorang insan yang bergelar ibu. Can you put yourself in my shoes? So, don't judge me unless you have looked through my eyes, experienced what I have, and cried as many tears as me. Until then back-off, cause you have no idea! You didn't know how I feel, how I'm react & how I am struggle to get my strengths back!!! It's not easy as what people think! Seriusly masa berpantang hari tu from 1st day I'm cried every night sebab terkenangkan arwah mama tak dapat jumpa cucu dia and she most wanted the grand daughter sebenarnya...Teringat dulu arwah mama pernah cakap "Mesti kalau Sya dapat anak perempuan kan!...Tak sabar nak beli cute dress tuk cucu perempuan (sambil tersenyum)....I said " Hish mama ni, kahwin pun baru berapa minggu, pregnant pun x lagi...macam tau2 jer Sya dapat anak perempuan".

Mama sangat2 beruntung dapat meninggal pada hari Jumaat yang penuh barakah dan nun jauh kat perantauan.....Iman Ahmad, an Nasa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu 'Anhuma telah berkata, " Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. Maka Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wassalam telah menyembahyangkan jenazahnya. Baginda kemudiannya bersabda, "Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya. "Mereka (para sahabat) bertanya: "Kenapa begitu Ya Rasulullah?" Baginda bersabda," Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan (ganjaran pahala seluas) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempat meninggalnya di Syurga."[ HR. Ahmad, an-Nasa'i dan Ibn Majah].

Tapi sejujurnya, if boleh undurkan masa, Mom....I want to say that thank you thank you so much melahirkan saya, membesarkan saya & menjaga saya, even kami berjauhan sekalipun tapi hubungan kami tetap rapat...like a friend and if ada ape2 masalah my mom is a very good listener! Every week dia akan call kami anak-anaknya walaupun beribu-ribu batu jauhnya berada. In a week 3 or 4 kali jgk la dia akan call bertanyakan khabar. Sekarang ni saya dah tak dapat lagi mendengar suara & merasa semua itu but doa sentiasa tak lekang untuk arwah mama. Hanya dengan doa sahaja yang boleh membuatkan hati ini tenang. So, bersyukurlah sape2 yg still ada ibu & bapa & hargailah parents masing2 selagi dia orang masih hidup. Dan terima kasih jugak mama, mengajar saya sehingga menjadi seorang yg kuat, tabah & sabar dalam menempuhi dugaan hidup ini. Now, saya pun dah jadi wife & mother, I'm trying my best to make my little family always happy family like you do! Love forever my beloved mom :-)


Sekian nukilan pada kali ini....



With my aunty yg tersayang, Rahila Mahmud
Our flight, transit to Lahore first

Fly back by Pakistan Air Force
Lahore Airport



All decoration was my mom's idea




Safely arrived at Kompleks bunga raya

Semoga arwah mama, Habibah Mahmud ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman..










Thursday, 24 March 2016

~Pengalaman Bersalin di Hospital Pakar Annur Bangi ~

Actually, pening jugak sebenarnya nak pilih hospital mana untuk bersalin. Since kandungan 5 bulan lagi dah survey hospital (nampak tak punya excitednyer…almaklumlah 1st child!)hehehe….Memandangkan saya dan en.suami menumpang di rumah kakak ipar yg terletak di Seri Kembangan, so I decided to choose Hospital Pakar An nur Bangi. Saya pilih hospital tu sebab ada two reason actually 1) Nak gynae perempuan untuk sambut baby dan 2) Hospital private yg area selangor…Kalau sebut hospital ni ada dua Dr. O&G yg famous sama ada Dr. Fatimah or Dr. Khamsiah. But I choose Dr.Khamsiah (tak tau la kenapa en.suami yg pilihkan). 


             Okey…kt review pulak kos check up…saya memang dari 8 weeks check up kat sini smpai la dah nak bersalin. Mostly klau normal scan about RM60.00. Itu baru scan tak termasuk  fees for consultation, injection, test urine, medicine and etc. So, para suami silalah sediakan duit awal2 yer if korang decide nak bersalin kat private hospital. Everymonth Rm199.00 ++ jgk lah duit melayang. En Suami punya tempat kerja mmg ada cover untuk bersalin but half je la itu pun kalau check up above 34 weeks baru dia cover (ada jgk la daripada takde kan…I LOVE  PM Care…hehehe).


            Next pasal kos bersalin….disebabkan saya bersalin secara cezer (kedusukan songsang) I need to pay almost RM7999.99 (RM 8K). So mmg dari awal I dah tau kne czer kne ready kan duit la. Doc Kham mmg nak I bersalin normal but what to do terpaksa jgk czer sebab baby I tak pusing2. So dia bagi dua pilihan sama ada nak pusingkan baby or czer. Ramai kawan2 even my sister yg doc. pun ckp jgn pusingkan takut apa2 jadi kat baby tu kan…I tak mau amik risiko so Czer is the best option. En Suami pun tak bantah Cuma dia kesiankan saya sebab perut kena belah (^_^).


              Masa last check up tu Doc.Kham dah pesan supaya start puasa pukul 12.00 tngh mlm since pukul 8.00 pagi (05/01/2016) nk kene operate. So mlm tu saya mkn la puas2 dulu before berpantang. Family in law saya dah dtang awal kat SK tuk jaga saya so mlm tu kami semua pergi mkn steak dekat area rumah kakak ipar saya. Lega rasa tekak dpt mkn steak…hehehe. Yang bagusnya hospital annur ni sehari sebelum operate dia dah call dulu confirmkan akan dioperate esok.


                Disebakan rumah SK dekat je dengan hospital, so en. Suami kata kluar rumah pukul 5.15 a.m dan kami sampai di hospital dalam 5.40 a.m. Dtang terus register macam biasa dan staff nurse kat kaunter tu pun tunjuk la bilik yg kita nak warded. Saya lebih prefer bilik single since senang saudara mara datang nak berkampung kat sana kan tapi pagi tu dapat bilik four beded sebab bilik single dah penuh. Baru jer nak berehat dan susun bag dlm rak staff nurse panggil suruh tukar bilik single. Kebetulan bilik single ada orang nak keluar pagi tu. Nasib baik sangatttt…..Lepas dah salin baju semua staff nurse tu ckp kejap lagi dia buat CTG scan nak check condition baby. Nurse tu tanya saya ada rasa sakit contraction tak? Saya ckp takde…mmg takde rasa sakit pun. Dah lepas scan tu then dia bagi saya ubat utk membuang. Berapa minit kemudian nurse lain plak masuk inform yg operate akan start awal pada pukul 7.00 pagi. Masa tu hati saya dah berdebar2…perasaan takut, gementar dan happy semua ada. Semua bercampur satu.

                 Sebelum operate, Dr. Anesth bagi keterangan sket mengenai suntikan sebelum nak operate. Dr cakap lepas suntikan kita akan rasa kebas sikit demi sikit dan rasa badan bawah macam lumpuh. Dalam hati redha je la asalkan baby sy lahir dengn selamat.  Alhamdulillah, baby saya lahir pada pukul 7.19 pagi dan berat baby ialah 3.11 kg. hehehe…..lahirlah baby girl saya( penantian selama 9 bulan). Rasa happy yg tak dpt diungkapkan apabila tengk wajah anak sendiri. Thanks En.Suami sebab temankan sy di bilik OT. Love you so much…..


                  Hari pertama bermalam di hospital, mak cik saya (Abet) yg temankan dan en.suami. Start malam tu sikit demi sikit saya dah mula hilang rasa kebas dan dapat rasa kaki saya balik. Syukur sangat tapi still masuk air jgk la sebab fever sket. Malam tu saya tak jge baby sngat sebab baby diletakkan di tempat nursery but sometimes jer dia akan hantar kat kt supaya bg breastfeed. Hari kedua di hospital pulak saya dah boleh bangun berjalan tapi agak sakit sikit nak bangun sebab jahitan blum sembuh sepenuhnya lagi (menahan rasa sakit yerr disitu). Doc Kham bagi tau kena start bangun sebab nak galakkan pengaliran darah bukan saja di kaki, tapi darah nifas dlm rahim. Nurse akan dtng check kita dan tekan2 perut mungkin utk check sama ada darah beku ke tidak. Sepanjang hari kedua di hospital...abet, kakak saya dari miri dan adik saya la yg jaga saya, mlm pulak mak mertua saya temankan smpai en suami balik dari kelas mengajar mengaji. So mlm kedua ditemani oleh suami saya tapi saya tak dpt tdo lena sngat. Sekejap2 menangis teringat kan arwah mama. Memamg syahdu sangat smpai en. Suami terpaksa pujuk saya supaya berhenti menangis. That’s why la masa berpantang mental, emosi kena kuat and perlu ada sokongan dari keluarga serta saudara mara.


                 Last day di hospital saya dah sihat sepenuhnya tapi takdelah total but Alhamdulillah berjalan pun dah tak perlu orang papahkan. Tak sabar rasa nak discharge tapi terpaksa tunggu Doc Kham check dulu dan check baby baru boleh discharge wad. Maybe Doc. Kham buzy agaknya sampai petang baru dapat jumpa dia. Doc tengk jahitan dah okey then baru dia inform saya yg dah boleh keluar petang tu jgk. Dia siap pesan lagi kat saya “See you in a month for family planning”…for me Doc Gynae yg best dan soft spoken siap cium kat dahi saya sebelum say goodbye. Thanks Doc Khamsiah!!!....In future if nk bersalin I will definitely choose you again….Sebelum keluar sempat jgk lah nenek saya dari Johor sampai datang melawat saya.


                Now, it’s been almost 3 months, baby pun Alhamdulillah sihat cuma kuat merengek jer waktu malam. I always pray that my baby will be a good person and semoga berjaya di dunia dan akhirat. Hopefully, saya dapat jadi the best mother for you. So kat bawah ni saya share photo baby saya utk tatapan semua…


My baby girl....Nur Ain Habibah
Baru sampai hospital early in the morning
Yg penting gambar dulu sebelum tukar baju...hehehe