Sampai jer sana saya terus memeluk ahli keluarga yg lain sebab terasa sebak sangat2. Tak tau nk ungkapkan perasaan tu macam mana...but yess, the things that all I can said I'm totally lost. I don't know what to think & what is gonna happen in my life after this...Hanya mampu berserah kepada yang maha Esa. Tengah malam2 tu jgk weolls shoot to Semerah (my mom hometown) dengan di "escort" oleh polis2. We arrived around 1.00 am in the morning. Kat sana lagi la ramai yg tengah menunggu, Sedara mara saya semua dah berkumpul dari 8 may lagi untuk bagi moral support kat mak (my nenek). Lagi rase sebak when ramai kawan2 arwah mama saya dari segenap pelusuk datang untuk melihat kali terakhir jenazah nya. Saya dapat lihat kesedihan mak apabila menerima jenazah anaknya pulang. Can you imagine perasaan mak??? Anak yg dikandung, dibela, anak yg dijaga selama 57 tahun lebih awal menemui Ilahi darinya. Anak dah besar meninggal lagi banyak kenangannya. Memamg I am very proud of you mak. Sangat2!!!!...Mak memamg tak tunjuk langsung perasaan sedih tu kat orang ramai dari arwah abah meninggal lagi but when this time, she was totally cried. But I know in deep of my heart, arwah mama sangat beruntung sebab mak still hidup lagi dan boleh mendoakan untuk anaknya. Doa seorang ibu tiada tandingnya.
" Dan apabila mata IBUmu sudah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah, iaitu DOA SEORANG IBU..."
Selepas solat subuh semua, saya & family bersiap2 semua untuk mengiringi jenazah ke perkuburan. Memamg hati ini tak nak melepaskan mu wahai mama. Bukan tak redha cuma terkilan sebab tak dapat lagi planning aktiviti with mama. Semua planning pada tahun 2015 terkubur begitu sahaja. If ikut planning, saya & adik beradik saya mmg nk beraya kat Pakistan tahun tu. Semenjak anak2 sudah membesar, dah bekerja & sambung belajar kat Uni masing2 tak berkesempatan lagi gathering family. Yg terakhir kali pun jumpa dengan mama masa mama balik malaysia bulan mac itupun sebab ada kematian. I remember, dinner terakhir kami makan bersama2 ialah homemade steamboat. Itupun saya yg request. Arwah mama tanya saya sehari sebelum berangkat pulang ke pakistan, " Sya nak makan apa? Nak mama masak k makan kat luar?"...I said "Boleh tak makan kat rumah jer. Kt buat steamboat kat rumah." ....Mama said " Okey, nanti mama buatkan". Happy me.
Owh, how I wish to flashback that moment!
Sebelum kami semua bertolak ke tanah perkuburan, kami beramai2 solat jenazah dulu. Memamg sayu sangat masa tu, air mata tak henti2 menangis sampai ke tanah perkuburuan. Mama, rasa macam nak peluk jer mama...I'm strong...i'm strong...i'm strong...setiap detik, setiap masa, setiap jam tanamkan perasaan itu.
Akhirnya, jenazah mama selamat dikebumikan bersebelahan arwah abah, Allahyarham Mahmud Bin Aziz pada 8.45 a.m pada 16th May 2015 sempena hari guru. Yer... arwah mama juga seorang guru...Ya Allah sedeynya hati ini....seorang pendidik disemadikan pada hari 16 May jugak! (kebetulan tarikh yg sama).Itu adalah hasrat mak yg sememangnya nak dikebumikan dekat dengan anaknya. Mak cakap, nanti dia boleh jaga pusara dua2...senang. Dekat pun dekat....
Yess, time flies & my daughter pun dah 8 months 17 days. People now tengok i dah boleh ketawa2, senang hati, & dah tak rasa sedey lagi but itu hanya luaran...dalaman??? Hanya Allah s.w.t yg tahu. They people can talk about me what they want tapi yang harunginya saya & family members yg lain. Dia orang tak tau pun kesedihan kami macam mana...setakat mana & berapa lama kami mengubati kesedihan yg ada ini...Tipulah cakap if tak terasa dengan kematian? Sape yg cakap macam tu memang saya bagi penampaq padu sebab kat batang hidung sendiri tak kena lagi kan. Yess semua orang berlainan menangani cara kesedihan. We cannot judge them yg mengalami pengalaman yg sama, kehilangan orang yang tersayang. Ada orang membzikan diri, ada orang lebih layankan kesedihan dengan termenung & ada orang sampai sekarang tak boleh lagi menatap wajah insan yg pergi tapi setiap hari membaca al-quran untuknya. Lain orang lain cara. But the most important thing is how you handle it...am i right??? Masa....yess...masa yang akan menyembuhkan kesedihan itu (someone yg makan garam dari saya yg bagi tau)!
After that tragedi, saya hilang tempat bermanja, hilang tempat mengadu & tiada lagi kasih sayang seorang insan yang bergelar ibu. Can you put yourself in my shoes? So, don't judge me unless you have looked through my eyes, experienced what I have, and cried as many tears as me. Until then back-off, cause you have no idea! You didn't know how I feel, how I'm react & how I am struggle to get my strengths back!!! It's not easy as what people think! Seriusly masa berpantang hari tu from 1st day I'm cried every night sebab terkenangkan arwah mama tak dapat jumpa cucu dia and she most wanted the grand daughter sebenarnya...Teringat dulu arwah mama pernah cakap "Mesti kalau Sya dapat anak perempuan kan!...Tak sabar nak beli cute dress tuk cucu perempuan (sambil tersenyum)....I said " Hish mama ni, kahwin pun baru berapa minggu, pregnant pun x lagi...macam tau2 jer Sya dapat anak perempuan".
Mama sangat2 beruntung dapat meninggal pada hari Jumaat yang penuh barakah dan nun jauh kat perantauan.....Iman Ahmad, an Nasa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu 'Anhuma telah berkata, " Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. Maka Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wassalam telah menyembahyangkan jenazahnya. Baginda kemudiannya bersabda, "Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya. "Mereka (para sahabat) bertanya: "Kenapa begitu Ya Rasulullah?" Baginda bersabda," Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan (ganjaran pahala seluas) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempat meninggalnya di Syurga."[ HR. Ahmad, an-Nasa'i dan Ibn Majah].
Tapi sejujurnya, if boleh undurkan masa, Mom....I want to say that thank you thank you so much melahirkan saya, membesarkan saya & menjaga saya, even kami berjauhan sekalipun tapi hubungan kami tetap rapat...like a friend and if ada ape2 masalah my mom is a very good listener! Every week dia akan call kami anak-anaknya walaupun beribu-ribu batu jauhnya berada. In a week 3 or 4 kali jgk la dia akan call bertanyakan khabar. Sekarang ni saya dah tak dapat lagi mendengar suara & merasa semua itu but doa sentiasa tak lekang untuk arwah mama. Hanya dengan doa sahaja yang boleh membuatkan hati ini tenang. So, bersyukurlah sape2 yg still ada ibu & bapa & hargailah parents masing2 selagi dia orang masih hidup. Dan terima kasih jugak mama, mengajar saya sehingga menjadi seorang yg kuat, tabah & sabar dalam menempuhi dugaan hidup ini. Now, saya pun dah jadi wife & mother, I'm trying my best to make my little family always happy family like you do! Love forever my beloved mom :-)
Sekian nukilan pada kali ini....
With my aunty yg tersayang, Rahila Mahmud |
Our flight, transit to Lahore first |
Fly back by Pakistan Air Force |
Safely arrived at Kompleks bunga raya |
Semoga arwah mama, Habibah Mahmud ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman.. |